Sunday, May 13, 2012

Ciri-Ciri Kematangan Induk Keli


Ciri-Ciri Kematangan Induk Keli

Biasanya kematangan induk dapat diketahui daripada pemerhatian keatas 'Genital Papila' dan faktor-faktor berikut :


a. Induk Jantan
* Badan memanjang tidak gemuk
* 'Genital Papila' kelihatan pejal
* Tidak cacat
* Berusia 4 bulan dan keatas
* Berat badan 500gm dan keatas

b. Induk Betina
* Perut kelihatan buncit dan lembut ketika dipicit
* 'Genital Papila' kelihatan membengkak dan berwarna kemerah-merahan
* Keluar telur berwarna hijau tua dari Genital Papila apabila dipicit
* Berusia 6 bulan dan keatas
* Tidak berdarah apabila bahagian tempat telur dipicit
* Berat badan 600gm dan keatas

Sunday, March 11, 2012

Resepi Ikan Keli Berlada



Bahan-bahan ( 5 orang )
  • 5 ekok ikan keli sederhana besar
  • 1 keping asam gelugur/asam keping
  • secubit gula
  • secubit garam dan kunyit
  • minyak untuk menumis
  • Bahan dikisar :
  • 20 biji cili api
  • 10 biji cili merah
Cara-cara
  1. Bersihkan ikan keli. Gunakan limau nipis dan daun limau purut untuk hilangkan hanyir
  2. Lumur ikan keli dengan garam dan kunyit. Goreng hingga garing dan ketepikan
  3. Tumiskan bahan-bahan yang dikisar. Masukkan gula dan asam keping hingga garing.
  4. Angkat dan tuang di atas ikan keli gereng tadi

Resepi Ikan Keli Goreng Berlada


Cara hidup ikan keli


Ikan keli bersifat karnivor iaitu pemakan daging. Ia boleh memakan sisa-sisa dari sisa domestik dan sisa industrial. Selain itu ikan keli juga boleh memakan kotoran dan bahagian lebihan ayam seperti perut dan usus.2. Secara semulajadi makanan ikan keli terdiri daripada mikro organisma seperti kutu air iaitu Daphnia, Cladocera dan Copepoda. Ikan keli juga memakan pelbagai jenis cacing, jentik-jentik atau siput-siput kecil. Bagi ikan keli yang dipelihara makanan seperti palet diberikan.3. Ikan keli suka bersembunyi di dalam lubang-lubang yang terdapat di dalam perairan. Lubang tersebut bukan sahaja menjad tempat persembunyian malah sebagai tempat untuk bertelur. Ikan keli lebih gemar akan perairan bersih dan baru di mana ikan-ikan tersebut akan berkumpul di pintu kemasukan air semasa proses penukaran air kolam pemeliharaan.4. Benteng kolam yang tinggi tidak menjadi halangan bagi ikan keli untuk keluar dari kolam kerana dengan menggunakan sengatnya, ia boleh memanjat benteng tersebut dengan mudah. Oleh itu kolam benteng yang didirikan perlulah memenuhi ciri dan syarat yang telah ditetapkan supaya ikan keli yang dipelihara tidak mudah untuk melarikan diri.

Saturday, March 3, 2012

Benarkah ikan keli banyak makan ?

Berdasarkan kajian, ikan keli hanya makan semaksima 10% daripada berat badannya. Ya, hanya maksimum 10% daripada berat badan nya dalam sehari. Namun begitu, kita sarankan ianya diberi makan berperingkat mengikut saiz badannya dan diberi makan dari 2% - 10% daripada berat badan. Bagi mengenalpasti jumlah memberi ikan makan sehari, maka ikan perlu dikenalpasti berat puratanya se-ekor terlebih dahulu. Jika berat ikan purata hanya 10 gram (jumlah ternakan 1000 ekor) maka jumlah keseluruhan ikan mempunyai berat 10 kg (10 gram x 1000 ekor). Ini bermaksud jika anda mempunyai 1000 ekor ikan, maka, 10 kg x 2%= 0.2 kg sahaja yang perlu ikan makan dalam sehari. Kaedah memberi makan dilakukan sebanyak minima 2 kali. Ini bermaksud setiap kali memberi makan, ikan akan makan 0.1 kg pada waktu pagi dan 0.1 kg pada waktu petang.

Friday, March 2, 2012

Ciri-Ciri Kematangan Induk Keli


a. Induk Jantan
* Badan memanjang tidak gemuk
* 'Genital Papila' kelihatan pejal
* Tidak cacat
* Berusia 4 bulan dan keatas
* Berat badan 500gm dan keatas

b. Induk Betina
* Perut kelihatan buncit dan lembut ketika dipicit
* 'Genital Papila' kelihatan membengkak dan berwarna kemerah-merahan
* Keluar telur berwarna hijau tua dari Genital Papila apabila dipicit
* Berusia 6 bulan dan keatas
* Tidak berdarah apabila bahagian tempat telur dipicit
* Berat badan 600gm dan keatas

Thursday, February 9, 2012

Asas Ikan Keli

Ikan keli mempunyai misai yang terletak berdekatan dengan hidung. Ia berfungsi sebagai alat pengesan ketika bergerak dan mencari makanan. Ia juga mempunyai alat pernafasan tambahan yang disebut ‘arborescent organ’ yang tumbuh pada insang kedua dan keempat, sehingga ikan keli boleh bernafas menggunakan oksigen dari udara bebas. Warna tubuhnya di mana terdapat ikan keli yang berwarna perang gelap dan perang terang, malah terdapat juga yang berwarna hitam. Ketika larva baru menetas, ia berukuran sekitar 3.4mm dan lebar mulutnya lebih kurang 0.28m. Setelah ia berusia 7 hari, sirip dada akan tumbuh sepanjang 7mm dan sirip perutnya berukuran 14.9mm. Larva akan mencapai bentuk yang sempurna apabila pembesaran yang jelas di antara sirip punggung, ekor dan anus yang akan kelihatan pada hari ke-22 dan panjangnya adalah 24.4mm.Ikan keli mempunyai sengat yang menjadikannya adalah sangat berbisa. Jika terkena sengatan ikan keli ini kesannya sedikit gatal dikawasan gigitan. Berdasarkan Weber de Beaufort(1965) ikan keli diklasifikasikan sebagai berikut;Filum : Chordata, binatang bertulang belakang.Kelas : Pisces, mempunyai insangOrdo : Ostariophysi, ikan yang mempunyai tulang pada bahagian atas sebagai alat pelengkap keseimbangan.Subordo : Siluroidae, berbentuk panjang dan tidak bersisik.Keluarga : Clariidae, ikan yang memiliki cirri khas dengan bentuk kepala pipihbertulang keras, sirip dada dilengkapi dengan sengat sebagai senjata dan alat Bantu untuk bergerak serta memiliki alat pernafasan tambahan dimana ia boleh menghirup oksigen dari udara bebas.Genus : ClariasSpesis : Clarius batrachus.