Berdasarkan
kajian, ikan keli hanya makan semaksima 10% daripada berat badannya. Ya, hanya
maksimum 10% daripada berat badan nya dalam sehari. Namun begitu, kita sarankan
ianya diberi makan berperingkat mengikut saiz badannya dan diberi makan dari 2%
- 10% daripada berat badan. Bagi mengenalpasti jumlah memberi ikan makan sehari, maka
ikan perlu dikenalpasti berat puratanya se-ekor terlebih dahulu. Jika berat
ikan purata hanya 10 gram (jumlah ternakan 1000 ekor) maka jumlah keseluruhan
ikan mempunyai berat 10 kg (10 gram x 1000 ekor). Ini bermaksud jika anda
mempunyai 1000 ekor ikan, maka, 10 kg x 2%= 0.2 kg sahaja yang perlu ikan makan
dalam sehari. Kaedah memberi makan dilakukan sebanyak minima 2 kali. Ini
bermaksud setiap kali memberi makan, ikan akan makan 0.1 kg pada waktu pagi dan
0.1 kg pada waktu petang.
No comments:
Post a Comment