Ikan keli
bersifat karnivor iaitu pemakan daging. Ia boleh memakan sisa-sisa dari sisa
domestik dan sisa industrial. Selain itu ikan keli juga boleh memakan kotoran
dan bahagian lebihan ayam seperti perut dan usus.2. Secara semulajadi makanan
ikan keli terdiri daripada mikro organisma seperti kutu air iaitu Daphnia,
Cladocera dan Copepoda. Ikan keli juga memakan pelbagai jenis cacing,
jentik-jentik atau siput-siput kecil. Bagi ikan keli yang dipelihara makanan
seperti palet diberikan.3. Ikan keli suka bersembunyi di dalam lubang-lubang
yang terdapat di dalam perairan. Lubang tersebut bukan sahaja menjad tempat
persembunyian malah sebagai tempat untuk bertelur. Ikan keli lebih gemar akan
perairan bersih dan baru di mana ikan-ikan tersebut akan berkumpul di pintu
kemasukan air semasa proses penukaran air kolam pemeliharaan.4. Benteng kolam
yang tinggi tidak menjadi halangan bagi ikan keli untuk keluar dari kolam
kerana dengan menggunakan sengatnya, ia boleh memanjat benteng tersebut dengan
mudah. Oleh itu kolam benteng yang didirikan perlulah memenuhi ciri dan syarat
yang telah ditetapkan supaya ikan keli yang dipelihara tidak mudah untuk
melarikan diri.
No comments:
Post a Comment