Saturday, March 3, 2012

Benarkah ikan keli banyak makan ?

Berdasarkan kajian, ikan keli hanya makan semaksima 10% daripada berat badannya. Ya, hanya maksimum 10% daripada berat badan nya dalam sehari. Namun begitu, kita sarankan ianya diberi makan berperingkat mengikut saiz badannya dan diberi makan dari 2% - 10% daripada berat badan. Bagi mengenalpasti jumlah memberi ikan makan sehari, maka ikan perlu dikenalpasti berat puratanya se-ekor terlebih dahulu. Jika berat ikan purata hanya 10 gram (jumlah ternakan 1000 ekor) maka jumlah keseluruhan ikan mempunyai berat 10 kg (10 gram x 1000 ekor). Ini bermaksud jika anda mempunyai 1000 ekor ikan, maka, 10 kg x 2%= 0.2 kg sahaja yang perlu ikan makan dalam sehari. Kaedah memberi makan dilakukan sebanyak minima 2 kali. Ini bermaksud setiap kali memberi makan, ikan akan makan 0.1 kg pada waktu pagi dan 0.1 kg pada waktu petang.

No comments:

Post a Comment